MURID DAN ALAM BELAJAR
1.0
PENDAHULUAN
Pembelajaran merupakan satu
proses berterusan berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan supaya
pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasai
sesuatu kemahiran itu dengan berkesan. Menurut Kamus Dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu
pengetahuan dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar
melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis
atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.
Mengikut Thomas F. Green, tujuan
mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan
ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya
'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan
tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982),
pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui
pengalaman.
Pada asasnya konsep
pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran yang merujuk kepada
prinsip-prinsip dan hukum-hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada
kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas
kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain
itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini,
pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum
pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Teori
pembelajaran ini semakin dititikberatkan apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian
mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di
antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan
murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Hal ini menyebabkan ilmu
pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui
pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi
ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid
melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan yang terkandung dalam teori
konstruktivisme.
2.0
DEFINISI TEORI KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme
telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh
dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan tersebut mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi
proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti
yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid
adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set
idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran
mereka.
Oleh itu, dalam membantu murid membina konsep atau pengetahuan
baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.
Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian
daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa
ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Jean Piaget berpendapat bahawa teori ini mengkaji saseuatu
organisme dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Dalam teori ini juga, pembentukan struktur
mental melalui skema, asimilasi dan akomodasi. Piaget mendefinisikan skema
sebagai sistem mental atau pengalaman yang merangkumi aksi, bahasa, pemikiran
dan juga pandangan manakala asimilasi pula penyesuaian maklumat baru dengan
skema yang sedia ada sementara akomodosi pula sesuatu yang berlaku apabila
maklumat baru dan maklumat lama kembali tidak sepadan kemudian dibandingkan dan
diselaraskan dengan maklumat baru. Keseimbangan akan dapat dicapai apabila
pelajar mengiktiraf maklumat baru.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam
konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan
kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniru dengan tepat apa saja
yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada
pengalaman yang aktif. Perkara ini juga akan mengubah tumpuan penyelidikan
daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu
konsep daripada kaca mata murid.
3.0
PRINISP-PRINSIP ASAS TEORI KONSTRUKTIVISME
Dalam teori konstruktivisme terdapat
beberapa prinsip yang perlu diaplikasikan oleh para pendidik semada sesi
pengajaran dan pembelajaran. Berikut
adalah penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap
prinsip yang terlibat akan dibincangkan tentang aplikasinya dalam proses
pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya terhadap
pembelajaran para pelajar nanti.
a) Pengetahuan dibina oleh pelajar
·
Pengetahuan
yang akan terbina dalam diri pelajar hanya diabnatu oleh guru dalam membantu
mewujudkan satu skema baru dalam pemikiran mereka. Hal ini demikian kerana para
pelajar bukan satu benda yang kosong seumpama “tin kosong” yang meminta untuk
diisi tetapi merupakan individu yang perlu berusaha mencari pengertian kepada
perkara baru yang mereka temui. Oleh itu, para pelajar mestilah berusaha
‘construct’ iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu
menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata
padamaklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi
maklumat dan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi
menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh pelajar di mana setiap
aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu di samping
mencabar minda pelajar untuk terus berfikir ke arah yang baru.
b) Setiap pelajar memiliki
idea dan pengetahuan asas
·
Setiap
pelajar perlu membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada
serta menggunakan idea mereka sendiri. Hal ini demikian setiap pelajar akan
mempunyai pandangan dan satu set idea sendiri tentang sesuatu yang dipelajari.
Perkara ini menyebabkan guru menggalakkan pelajar berfikir dengan bimbingan guru
di samping segala idea yang dilontarkan tidak harus ditolak begitu sahaja.
Pengetahuan asas yang sedia ada perlu diaplikasikan oleh para pelajar bagi
mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu di mana akan membentuk satu
skema yang baru terhadap subjek tersebut.
c) Proses pembinaan pengetahuan
melibatkan aspek sosial
·
Pembelajaran
dalam pelajar juga adalah aktiviti social di mana mereka akan berkait rapat
hubungan dengan manusia lain seperti, guru, rakan-rakan, keluarga serta juga
kenalan kasual. Para guru akan lebih cenderung berjaya dalam usaha
mengaplikasikan teori ini dalam diri pelajar jika mengiktirafkan prinsip ini
dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melakukan lebih banyak aktiviti di
dalam kelas secara berkumpulan. Hal ini adalah kerana parapsikologi seperti
Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang dinamikdan
sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh individu-individu yang
berlainan perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan
yang kukuh asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian
semasa dalam kelas.
d) Guru merupakan
fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar
·
Selain
itu juga, guru adalah pembimbing kepada para pelajar bukan memindahkan ilmu
pengetahuan terus ke dalam minda pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk
memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai untuk para pelajar
fikirkan. Guru tidak seharusnya memberi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan, malah guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalan kepada murid
bagi memberansangkan pemikiran para pelajar tentang sesuatu perkara.
4.0
CARA TEORI KONSTRUKTIVISME DIAPLIKASIKAN DALAM PdP
Terdapat
beberapa cara bagi guru untuk mengaplikasikan teori konstruktivis dalam bilik
darjah terhadap P&P. Pertamanya ialah guru haruslah berperanan sebagai pembimbing
dalam proses P&P. Menurut Mohd Sharani bin Ahmad (1998), para guru perlu
membiarkan murid berusaha dengan sendiri dalam sesuatu aktiviti dan guru perlu
mengawasi mereka supaya mereka mencuba sesuatu dengan cara yang betul. Sebagai
pembimbing, guru harus memberi peluang kepada murid untuk menguji kefahaman
masing-masing terhadap apa yang meraka pelajari. Untuk menjadikan proses
P&P lebih berjaya, guru haruslah pandai mengawal keadaan murid dalam bilik
darjah supaya mereka terus fokus kepada aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru
perlulah kerap mengaitkan pengetahuan sedia ada ataupun pengalaman mereka
terhadap aktiviti yang dijalankan. Perkara ini seterusnya akan memudahkan murid
untuk memahami apa yang mereka pelajari.
Kedua, guru perlu membuat pembelajaran
berasaskan pengetahuan sedia ada murid-murid. Guru perlulah membuat perkaitan
dengan apa yang dipelajari sebelumnya. Oleh itu, guru perlulah mengenalpasti
pengetahuan sedia ada murid dan seterusnya membantu mereka mengurangkan jurang
antara pengetahuan lalu dengan pengetahuan sedia ada. Guru tidak boleh
memandang tinggi keupayaan murid dalam pembelajaran. Ini kerana setiap murid
mempunyai tahap yang berbeza dari segi kognitif, minat, kecerdasan dan
sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru perlulah merancang satu pembelajaran
dengan pelbagai pengalaman supaya pembelajaran tersebut selaras dengan
kebolehan murid-murid serta dapat menarik perhatian setiap murid walaupun
berlainan tahap.
Ketiga
ialah guru perlu menggunakan strategi berfokus kepada aktiviti bagi membantu
murid-murid memperoleh pengetahuan baru dengan lebih mudah. Guru boleh
menggalakkan murid untuk membuat perbincangan dalam kumpulan supaya interaksi
sosial antara ahli kumpulan akan membantu mereka mengenalpasti tahap kefahaman
masing-masing mengenai pengetahuan baru. Bukan itu sahaja, guru juga boleh
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang berbentuk soalan-soalan
umum yang mendorong murid untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat
yang diterima. Dengan adanya aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti ini, murid
akan lebih berupaya membuat perkaitan antara fakta-fakta yang diajar oleh guru
disamping murid akan lebih yakin untuk memberikan pendapat atau cadangan.
Keempat, guru boleh mangaplikasikan
model pengajaran 5E yang telah dipelopori oleh Roger Bybee. Model ini
mengandungi lima tahap mengikut urutan iaitu penglibatan, penerokaan,
keterangan, huraian dan akhirnya penilaian. Dengan adanya model ini, guru dapat
merancang aktiviti PdP yang lebih berkesan terhadap murid. Dalam tahap
penglibatan, guru akan dapat mengenalpasti pengetahuan sedia murid-murid. Dalam
tahap penerokaan pula, murid akan dibekalkan set pengalaman yang mana mereka
akan dapat membuat perbandingan antara apa yang sedang mereka fikirkan dengan
apa yang diperhatikan. Dalam tahap keterangan pula, murid diberi peluang untuk
mengaitkan pengetahuan lama dengan pembelajaran baru. Bagi tahap huraian pula,
murid dapat menhuraikan apa yang mereka pelajari. Pada tahap akhir iaitu
penilaian, guru akan menilai kefahaman konseptual murid-murid. Dengan adanya
model pengajaran sebegini, guru akan dapat merancang strategi pengajaran
mengikut urutan yang mana akan memudahkan guru untuk mengaitkan pengetahuan
sedia murid-murid.
Kelima, guru lebih peka kepada idea
murid-murid dalam aktiviti P&P. Dengan kata lain, strategi pembelajaran
yang digunakan perlulah lebih kepada berpusatkan murid. Guru perlu membuat
pendekatan yang melibatkan penglibatan murid. Contohnya bersoal jawab,
perbincangan ataupun aktiviti-aktiviti yang memerlukan hands-on. Dengan adanya pendekatan sebegini, murid akan lebih
melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Dalam masa yang sama, sekiranya murid
memberi jawapan yang tidak tepat, guru perlu memberi pujian kepada murid
tersebut kerana setiap pendapat perlu dihargai. Perkara ini seterusnya akan
menanam sikap suka memberi pendapat dalam diri murid-murid yang mana akan
mengembangkan tahap kognitif murid-murid.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulan yang
dapat dibuat berdasarkan teori konstruktivisme ini ialah pengajaran ini lebih
berpusatkan kepada murid. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan tersebut
akan dibina sendiri oleh pelajar manakala guru hanya berperanan memberi bahan
bagi memberansangkan pemikiran para pelajar. Selain itu, proses keseimbangan
dalam diri pelajar juga akan terbina apabila skema kognitif dan maklumat
daripada persekitaran bergabung. Di samping itu, pembinaan struktur ilmu tak
akan berlaku secara tidak sengaja. Oleh itu, guru harus ada perancangan dan
penyediaan aktiviti yang sesuai bagi pelajar. Sebagai contoh, aktiviti
pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru. Misalnya, jika selama ini para
pelajar beranggapan bahawa menangkap ikan hanya menggunakan jala dan pancing
kita sebagai pendidik bertanggungjawab menerangkan lagi tentang pukat, tuba dan
juga elektrik di samping kita menerangkan kepada mereka nilai-nilai murni dan
menambahkan kesan aktiviti tersebut terhadap populasi ikan.
6.0 REFLEKSI
·
Refleksi
Sendiri
Saya
berasa sangat bersyukur kerana dengan kesabaran, serta ketekunan akhirnya
tugasan ini dapat disiapkan dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan. Ketika
pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi
setelah dibimbing oleh En Abdullah , beliau banyak memberi panduan dan tunjuk
ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya
berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan
tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan. Tajuk
tersebut ialah berkaitan teori-teori pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia
dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam teori-teori
pembelajaran.
Namun harus saya akui, ketika memulakan
tugasan ini, agak sukar juga untuk saya mengaitkan langkah-langkah pengajaran
yang telah saya rakamdengan teori-teori pembelajaran yang diamalkan oleh sistem
pendidikan kita. Begitu juga dengan
penjelasan tentang kesesuaian teori-teori yang daplikasikan dalam p & P.
Huraian daripada teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan
saya harus menjelaskan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, huraian utama yang
dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya, tajuk ini mempunyai
banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi
dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan
menghendaki saya menghuraikan aplikasi teori pembelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan mempengaruhi
perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya ialah
penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuat kerja lewat malam dan
lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain. Justeru itu, saya
mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa petang saya di perpustakaan sekolah
untuk menyiapkan tugasan ini. Syukur, saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini
dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Melalui tugasan
projek ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya.
Antaranya, ialah saya dapat menjelaskan konsep alam belajar secara ringkas dan
memahami kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak. Selain itu, sedikit sebanyak saya juga dapat membanding bezakan
setiap teori pembelajaran yang telah dihuraikan dalam tugasan. Ini menunjukkan
bahawa objektif tugasan projek ini telah pun mencapai matlamatnya yang
tersendiri. Sebagai buktinya, saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana saya
telah dapat menghasilkan laporan kajian yang merangkumi aspek-aspek yang
dikehendaki.
·
Refleksi
Kumpulan
Tugasan
ini juga telah mengajar saya mengenai model, pendekatan, strategidan kaedah
pengajaran yang berkesan. Pengajaran merupakan satu proses yangmerangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.Terdapat
beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik
sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajarandengan
lebihberkesan. Antaranya ialah model pemprosesan maklumat, modelbehavioris,
model sosial dan model personal.
Pendekatan
pula bermakna cara untuk mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh saya gunakan di dalam bilik darjah iaitu
pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.Berdasarkan kepada
huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya
daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah
kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada
spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif), daripada dekat
kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai kebijaksanaan memilih,
menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian
yang optimum.Strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik
darjah adalah seperti strategi pemusatan guru,strategi pemusatan murid,
strategi berasaskan bahan dan strategi berasaskantugasan atau aktiviti. Melalui
model, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang telah saya aplikasikan
di dalam tugasan ini, saya berharap agar semua teknik-teknik pengajaran ini
dapat juga saya aplikasikan di sekolah kelak.Kesimpulannya, mata pelajaran
Murid dan Alam Belajar ini merupakan matapelajaran yang sangat penting kepada
warga pendidik terutamanya guru. Ini kerana dengan mempelajari subjek ini saya
akan dapat memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam diri
saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu,melalui subjek ini juga saya telah
dapat menyelami dengan lebih mendalam lagi mengenai alam belajar kanak-kanak
dan dapat memahami keperluan merekadengan lebih dekat.
Sebagai
bakal guru yang sedang menimba ilmu, memang tidak dinafikan bahawa saya masih mempunyai banyak kekurangan
serta kelemahan diri dan masih banyak benda yang saya harus pelajari dalam
melengkapkan diri ini dengan segala ilmu yang diperlukan bagi menjadi guru yang
cemerlang. Oleh itu, di masa akan datang, saya haruslah mempersiapkan diri saya
dengan membuat persiapan yang secukupnya dengan menyediakan bahan bantu
mengajar yang sesuai dengan isi pembelajaran yang akan saya sampaikan kepada
murid. Saya juga haruslah memadankan isi pembelajaran dengan masa yang telah
ditetapkan bagi membolehkan aktiviti pengajaran dilakukan semua dan membolehkan
objektif pengajaran dicapai. Mulai pada masa sekarang, saya akan cuba untuk
mengawal dan menyesuaikan isi pembelajaran dengan keadaan pembelajaran supaya
ianya dapat diseragamkan dan dapat dihabiskan secara sistematik dan bukanlah
secara tergopoh-gapah hingga menyebabkan murid-murid gagal memahami isi pembelajaran.
Penutup
Oleh
itu, saya berharap agar penghasilan laporan mengenai tugasan ini akan dapat
memberi impak yang besar bagi diri saya. Selain itu, saya akan berusaha dengan
lebih gigih supaya dapat meningkatkan prestasi dan menghasilkan kerja yang
lebih baik dan berkualiti daripada sebelumnya pada masa akan datang. Saya juga
berharap agar maklumat yang diperolehi ini dapat memberikan manfaat kepadasaya
di masa akan datang. Tugasan ini diharapkan agar dapat memberi seribu satu pengalaman
dan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya kepada diri saya sendiri
terhadap perkara yang amat penting ini.Di kesempatan ini, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini iaitu En
Abdullah kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan
rakan-rakan semasa di dalam kelas.Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli
kumpulan kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik sepanjang
tempoh kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan dari kumpulan yang lain kerana sudi berkongsi pendapat dan saling
bertukar-tukar maklumat dalam menjayakan lagi hasil tugasan kami ini. Akhir
kata daripada saya, saya berasa gembira dapat mempelajari matapelajaran Murid
dan Alam Belajar ini dan menyiapkan tugasan yang dikehendaki kerana subjek ini
sedikit sebanyak akan membantu saya pada masa akan dating apabila menjadi
seorang pendidik yang bergelar guru.
RUJUKAN
Bibliography
(n.d.). Retrieved from
http://group3pismp2g.blogspot.com/2010/09/definisi-konstruktivisme-pendekatan.html.
http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/teori%20&%20model%20p&p.pdf. (n.d.).
http://zunidazulkufli.blogspot.com/2012/09/refleksi-kerja-kursus-keseluruhan.html. (n.d.).
https://www.scribd.com/doc/98888808/DEFINISI-TEORI-KONSTRUKTIVISME. (n.d.).
SIRI PENDIDIKAN GURU MURID DAN ALAM BELAJAR. (2009).
In N. A. RASHID. OXFORD FAJAR.

No comments:
Post a Comment