Tuesday, 20 February 2018

TUGASAN 1: ULASAN KRITIKAL
1.    PENDAHULUAN
Pada masa kini, profesion perguruan semakin mencabar apatah lagi menjelang abad ke 21 ini. Perkara ini memberi impak besar kepada tugas guru kerana tuntutan daripada guru lebih berbanding ibu bapa dan masyarakat dalam soal-soal pendidikan murid-murid di sekolah. Semua ini belum lagi digabungkan dengan beban tugas di luar bidang pengajaran bagi mengikuti arus perkembangan semasa pendidikan yang ditransformasikan secara berperingkat. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Maka, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Dengan itu, ramai guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari. Berikut merupakan rajah 1 yang menunjukkan peratusan kadar stress mengikut pekerjaan:




Figure 1 Rajah peratusan kadar stres mengikut pekerjaan

                Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan di dalam kalangan guru bukan lagi setakat dijadikan bahan kajian, malah sudah menjadi isu dalam media massa. Perkara ini juga dilakukan kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) dimana majoriti guru mengeluh dengan tugas-tugas rutin seperti menyediakan perancangan tahunan, pengal, mingguan dan harian (Muhamad, 1995). Pelbagai alasan yang dilontarkan iaitu masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, suasana kerja yang tidak kondusif serta beban tugas yang berat dijadikan sandaran (Borneo Post, 1996). Tekanan kerja di kalangan guru telah menjadi satu isu hingga terdapat banyak kajian dilakukan baik di dalam negeri dan juga luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Jolen (2001), Mahyuddin (2001), Jusoh (2001), dan Md Suandi (2008), Flecher dan Payne (1982), Smilansky (1984), Payne dan Furnham (1987), Trendall (1989) serta Naylor (2001). Dalam kajian ini turut menjelas bahawa guru kini dibebani dengan perlakuan yang tidak profesional daripada pihak ibu bapa serta masyarakat yang hanya pandai menunding jari kepada pihak guru semata-mata. Situasi ini akan menyebabkan masyarakat yang bergelar pendidik mengalami tekanan emosi yang sukar ditafsirkan.

2.    ULASAN MENYELURUH
            Dalam kajian yang dilakukan oleh Fadilah Binti Mohd mengenai isu “Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: Satu Kajian Kes” turut mengkaji bahawa tekanan yang dihadapi oleh guru kian mencabar. Hal ini kerana tugas seorang guru bukan hanya terlibat dalam mengajar kanak-kanak normal malah turut mendidik kanak-kanak istimewa yang memerlukan kesabaran tinggi serta menjadi pengajar bagi pelajar yang mempunyai masalah juvana. Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Tunas Bakti yang merupakan institusi pemulihan akhlak yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal. Sekolah Tunas Bakti juga menawarkan pelbagai program dari aspek akademik, kokurikulum serta latihan kemahiran vokasional. Program ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada pelatih untuk mendapatkan ilmu serta kemahiran yang berkaitan selepas tamat tempoh penahanan.
            Menurut pengkaji juga, tekanan yang dihadapi oleh pihak guru di sekolah ini ialah stress kerja guru dimana berlakunya permintaan yang diamanahkan kepada guru telah menjadi ancaman terhadap harga diri dan kesejahteraan psikologi dan fizikalnya. Mo (1991) mendapati bahawa guru yang mengalami lebih tekanan juga mempunyai tahap burnout yang lebih tinggi. Oleh itu,elemen penting dalam definisi ini adalah persepsi guru terhadap ancaman berdasarkan tiga aspek iaitu permintaan yang dilakukan ke atas seseorang yang bergelar guru, kegagalannya untuk memenuhi permintaan tersebut atau menghadapi kesukaran dalam memenuhi permintaan dan kegagalan ini akan mengancam kesihatan mental dan fizikalnya (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Berikut adalah antara stress yang dihadapi oleh guru di Sekolah Tunas Bakti:
      i.        Peranan dalam mendidik pelajar yang bermasalah
Tugas sebagai seorang guru bukan senang seperti yang dipandang oleh masyarakat setempat kerana tugas ini merupakan tugas untuk mencorak kehidupan murid sama ada kea rah positif atau negatif. Tugas ini akan menjadi lebih berat sekiranya berhadapan dengan murid yang bermasalah. Hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan bahawa murid yang bermasalah ini sukar dikawal oleh guru mahupun ibu bapa mereka. Perkara ini menyumbang kepada tahap stres guru dalam mendidik mereka. Murid yang bermasalah ini juga tidak begitu berminat dengan akademik serta tidak mempunyai motivasi untuk cemerlang dalam kehidupan.
    ii.        Pembentukan peribadi
Dalam sekolah ini juga, guru-guru yang mengajar di Sekolah Tunas Bakti berperanan dalam membentuk keperibadian pelajar di sekolah tersebut. Hal ini kerana pelajar di sekolah ini mempunyai masalah juvana dan sedang menjalani hukuman. Pelajar-pelajar ini juga sedang mengalami unjuran proses kematangan dan proses ini adalah sangat mencabar meskipun dilakukan oleh ibu bapa. Kekangan peranan ini menyumbang kepada stress negatif dalam diri guru yang terpaksa memikirkan cara untuk membaiki tingkah laku pelajar ini. Guru perlu membahagikan masa dan bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah unit Hal Ehwal Murid dalam membentuk kembali disiplin murid agar tidak menimbulkan sebarang masalah negatif.


   iii.        Beban kerja
Berdasarkan sistem pendidikan abad-21 ini, guru perlu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan garisan panduan. Perkara ini memberi tekanan kepada guru kerana perlu mengikut rentak orang atasan dimana mereka perlu merungkai segala topic isi kandungan sukatan sebagai persediaan untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar. Guru juga perlu menyediakan senarai nama murid, melengkapkan profolio murid, kehadiran lengkap serta rekod kebersihan dan keceriaan kelas. Peranan guru juga perlu mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif,selamat dan selesa supaya murid berasa seronok semasa menuntut ilmu. Perkara ini membebankan guru kerana perlu membahagikan masa untuk urusan atau perjalanan kehidupan sehariannya.
   iv.        Tahap pendidikan pelatih yang rendah
Dalam kajian pengkaji menyatakan bahawa guru di sekolah Sekolah Tunas Bakti mengalami kesukaran dan mengajar pelatih kerana mereka tidak memiliki motivasi untuk cemerlang dalam akademik.  Mengikut Mohd.Ludin (1990) yang menjalankan kajian bahawa 60% sahaja yang menerima pelajaran tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3  manakala yang tidak pernah bersekolah adalah  10% tidak pernah bersekolah serta 15% menerima pendidikan tingkatan 4 hingga 5. Perkara ini menyebabkan guru mengalami perubahan emosi kerana kejayaan pelajarnya adalah tanggungjawabnya. Namun dalam keadaan pelajar yang bermasalah akademik bagi mereka tidak penting dan tidak akan bersemangat untuk cemerlang.
3.    PANDANGAN DAN CADANGAN
Pada pandangan saya, profesion guru kini merupakan satu bidang yang amat mencabar. Hal ini kerana banyak kes yang dilaporkan oleh media massa berkaitan dengan kerjaya seorang guru. Perkara ini banyak menggambarkan perkara yang negative mengenai guru. Justeru itu, guru memang berisiko tinggi mengalami stress yang tinggi ditambah lagi dengan beban kerja yang baru ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru kini perlu menyimpan rekod murid dan prestasi mereka menggunakan teknologi yang kebanyakkan mereka baru pelajari di usia senja. Perkara ini menyumbang kepada stres dalam melaksakan tugas mereka kerana kemahiran mereka kurang. Dalam kajian kes di sebuah sekolah di Sabah dengan tajuk “Prestasi Kerja Guru dan Hubungannya dengan Faktor Beban Tugas,Persekitaran Kerja dan Personal” yang kan dilakukan oleh Siti Nur Fatihah Rusman dari Universiti Malaysia Sabah pada Januari 2018 turut mengatakan bahawa guru perlu memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai (Mohamad Johdi,2007). 
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah (1994) keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997). Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000). Kenyataan ini disokong oleh Newton dan Newton (2001) yang mengatakan guru perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) juga mengakui kepentingan kemahiran sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih pelajar dalam kemahiran sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosi guru.
Mencegah lebih baik daripada merawat merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam mengatasi masalah stres dalam kalangan guru pada masa kini.  Hal ini kerana guru yang berkualiti dan bebas stress akan meningkatkan produktiviti yang dihasilkan oleh mereka. Antara langkah yang boleh diambil ialah pada tahap pengurusan (perubahan dalam persekitaran sekolah) atau pada peringkat individu (memperkuat resos guru untuk mengawal stres). Banyak intervensi atau pencegahan awal yang boleh diambil dalam sistem sekolah. Salah satunya adalah latihan atau sesi pengenduran yang dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
Di samping itu, bengkel mengenai pengurusan masa, program pementoran untuk guru novis, pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional perlu bagi mencegah guru burnout. Dalam bengkel menguruskan stres bererti latihan untuk membolehkan individu mengawal pemikiran diri, jadual persekitaran, emosi dan cara menangani masalah. Matlamat terakhir adalah suatu kehidupan seimbang, mempunyai masa untuk bekerja, hubungan dan rekreasi serta ketahanan untuk menangani tekanan dan menghadapi cabaran masa depan. Seorang guru itu perlulah meningkatkan kecerdasan emosinya agar mereka dapat mengurangkan stres dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Guru harus mempunyai kesedaran diri untuk mengenal pasti emosi diri dan impaknya semasa menggunakan rasa hati untuk membimbingnya dalam membuat keputusan. Keseimbangan emosi dan tingkah laku guru perlu untuk menyesuaikannya menghadapi tertentu. Kesedaran sosial juga penting agar guru dapat memahami dan bertindak balas positif terhadap emosi lain. Pengurusan hubungan juga amat penting untuk guru merangsang, mempengaruhi dan berhubungan dengan orang lain selain mengurus konflik dalam kalangan rakan sekerja.
Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
 Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan kerjasama semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik.
4.    RUMUSAN
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.
 Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan pengorbanan. Oleh itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini dalam menjalani perjalanan pendidik.
Masalah yang disebabkan tekanan emosi sangat ketara di sekolah akibat desakan komitmen yang tinggi daripada guru untuk melaksanakan pelbagai agenda pendidikan setiap hari. Dengan modenisasi, tanggungjawab guru lebih mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan segelintir guru tidak dapat menangani tekanan kerja dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan elemen kecerdasan emosi sangat penting dan boleh memberi kesan yang besar terhadap tekanan dalam kerjaya perguruan. Pengaruh ini secara langsung akan mempengaruhi niat berhenti kerja di kalangan para guru yang merupakan reaksi akhir terhadap bidang kerjaya mereka.Kesimpulannya, guru perlu mengenal pasti kehendak dan kemampuan diri sendiri serta bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan. Ini kerana guru adalah individu utama yang dapat memainkan peranan penting untuk meningkatkan keberkesanan dalam melahirkan modal insan dan hasil kerja berkualiti bagi institusi berkenaan.








5.    RUJUKAN

Bibliography

Azizi Hj. Yahaya Nik Diana Hartika Binti Nik Husain . (2006). Tahap Stres Dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Di Guru Sekolah Di Negeri Johor,. 1-11.
BAKAR, N. H. (2012). Guru lebih stres. Kuala Lumpur: Utusan Online.
Harian, W. S. (2017). Usaha KPM arah tiada pengasingan kelas disambut baik..dapatlah kurangkan stres guru ajar kelas lemah. Kuala Langat: Sinar Harian.
Mohd, F. B. (2016). stress dalam kalangan guru sekolah tunas bakti jerantut. 44-68.
NOOR, F. M. (2011). FAKTOR-FAKTOR PENENTU STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU:, 88-105.
Sipon, S. (2008). Stres Kerja Guru: Punca, kesan dan Strategi Daya Tindak. 55.
YuWanjing. (2017, August Thursday). Punca Isu Stres GuRU. Retrieved from http://yuwanjing.blogspot.my/2017/08/punca-punca-isu-stres-guru.html























Sunday, 7 January 2018

pendidikan keselamatan PKE3023E

Tajuk: Isu Konsep Sekolah Selamat Dalam Dasar Pendidikan Negar
a Definisi dan Konsep Sekolah Selamat
Sekolah yang selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. (Ronald D. Stephens 1996). School Guide for State of California dalam artikelnya "The Safe School Challenge" mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajar-pelajar dan guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan. (Dick Young, 1999) Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”.
Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan Pelaksanaan Program sekolah selamat telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan masyarakat setempat. Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan persediaan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ kepada semua sekolah. Amalan sekolah selamat walaupun telah ujud sejak dahulu lagi,namun hanya sekarang satu garispanduan yang tersusun diperkenalkan untuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia mengikutinya. Namun demikian masyarakat masih digemparkan dengan insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah yang mana dianggap selamat oleh masyarakat umum.
B.  Ciri- Ciri Sekolah Selamat
 Sesebuah sekolah yang dianggap selamat adalah diharapkan mempunyai ciri-ciri berikut:-
 • Sensitif dan rasa hormat kepada warga sekolah.
 • Bebas dari sebarang ganguan
• Kebolehan menjangka tingkahlaku pelajar dengan jelas
• Dasar disiplin yang konsisiten
• Pelajar mencintai sekolah
 • Menyokong dan mengiktiraf tingkahlaku positif
 • Proaktif tentang prosedur-prosedur keselamatan sekolah
• Warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah
• Respon segera terhadap kecemasan
• Penyenggaraan yang menepati masa
• Amalan kebersihan
 • Bilik darjah yang bersih dan tersusun
 Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan sosial yang rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan mereka sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan.
 Semangat sekolah kita tanggungjawab kita bersama yang tinggi merupakan indikator sesebuah sekolah mempunyai ciri-ciri keselamatan. Perasaan kekitaan ini merupakan intipati penting ke arah pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta merupakan golongan yang amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat penyayang dengan lebih nyata lagi.
 RASIONAL
 • Dalam banyak keadaan ianya kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
 • Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah. Oleh itu polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
• Kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan
. • Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.
 Isu Keselamatan
Dalam memperkatakan konsep sekolah selamat, seringkali pihak sekolah dicabar sejauh manakah sekolah sebagai tempat yang mendidik pelajar selamat untuk pelajar. Insiden-insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah yang mengakibatkan kecederaan dan yang lebih serius lagi kematian telah menggemparkan rakyat Malaysia dan berasa bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka dalam sekolah, Beberapa kejadian ‘membelasah’ yang tercetus antara pelajar, khususnya di sekolah menengah berasrama, hingga mengakibatkan kecederaan serius ternyata bukan lagi boleh dipandang ringan. Kecederaan Mohd Hafizi Jumhari, 16, pelajar kursus Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, yang dilaporkan sehingga terpaksa dibuang buah pinggang kirinya selepas dipercayai dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama, boleh dijadikan pembuka mata terhadap ancaman luar jangkaan di sekolah. Adakah dengan kes gejala disiplin sedemikian secara tidak langsung menunjukkan kegagalan Program Sekolah Selamat yang masih baru digerakkan?
 Statistik Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Varathan (2001), pada tahun 1977 banyak kes yang keluar dalam akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah seperti peras ugut, pelajar terlibat dalam kongsi gelap, pelajar sepak guru, dan samseng sekolah sebagai ditahap serius serta bilangan yang ditahan pula adalah seramai 1719 orang kerana melakukan pelbagai jenayah. Menurut laporan disiplin pelajar sekolah pula , menjelang tahun 1995 terdapat 8197 buah sekolah di Malaysia di mana sebanyak 6865 adalah sekolah rendah dan selebihnya sekolah menengah. Di antara kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah jenayah (23.45 %), kurang sopan (20.37 %) dan ponteng (17.17 %). Kesalahan lain yang dilakukan ialah salah laku, tidak jujur, kekemasan diri serta tidak pentingkan masa. Pada tahun 1995 juga didapati 15.63 % atau seramai 136 904 orang pelajar sekolah menengah terlibat dalam masalah disiplin di mana pelajar-pelajar tingkatan tiga merupakan golongan yang paling ramai melakukan kesalahan . Jadual 1: Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster dan Membakar Premis Sekolah Jenis Kes 1997 1998 1999 Kes Samseng 107 77 85 Membakar Premis Sekolah 6 19 10 Statistik Polis Diraja Malaysia pada tahun 2007 merekodkan sebanyak 1,837 kes jenayah dan seramai 3,383 pelajar ditahan. Pada tahun 2008 pula bilangan ini meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus samseng jalanan berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia melaporkan seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini. Dapatan kajian Universiti Malaya mendedahkan masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.(Sumber: Berita Harian) Dari laporan SSDM Seramai 48 pelajar sekolah rendah yang dibuang sekolah sejak tahun 2004 hingga penghujung Mac 2009. Manakala 5,932 pelajar sekolah menengah telah dibuang sekolah bagi tempoh yang sama. (Utusan Malaysia Online) Segala maklumat yang dipaparkan ini menunjukkan pada kita bahawa sahsia pelajar pada ketika ini adalah pada peringkat yang membimbangkan dan sekolah selamat yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terus dipersoalkan keberkesanannya. Masalah Pelaksanaan Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(PIPP). Sekolah yang selamat akan memastikan pemerolehan ilmu yang menjurus kepada penyediaan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Peracangan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang bersahsia tinggi disamping kemahiran untuk memperkembangkan potensi diri perlu dialu-alukan. Banyak negara sedang membangun beranggapan bahawa pembangunan negara dapat dicapai dengan memajukan bidang pendidikan. Ia dikatakan sebagai alat yang boleh menjana perubahan dalam masyarakat dan sebahagian daripada polisi sekolah selamat. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Sekolah yang selamat untuk menuntut ilmu akan mempunyai disiplin diri pelajar yang tinggi. Namun pada masa yang sama polisi kerajaan yang tidak sungguh-sungguh dalam menangani isu-isu keselamatan yang semakin meningkat di sekolah-sekolah jelas menuju ke jalan buntu walaupun pelbagai usaha dan tenaga dicurahkan. Kuasa Guru ‘Empowerment’ para guru yang disekat dalam menangani disiplin pelajar merupakan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dimana kerajaan telah lebih mengutamakan pendekatan yang mesra dengan pelajar diperkenalkan bagi meningkatkan perkembangan sahsia pelajar sekolah . Penggunaan ‘psychology’ dalam menangani disiplin pelajar sekolah sememangnya berkesan pada segolongan pelajar tertentu sahaja. Perkara ini mengajak kita merenung kembali istilah kemenjadian murid yang berada di sesebuah sekolah. Teori sekolah berkesan mengatakan bahawa, sesebuah sekolah yang berkesan berpunca dari pelajar-pelajar yang bersahsia tinggi dan berdisiplin. Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Hal ini berkait rapat dengan kemenjadian pelajar yang merupakan satu faktor yang akan menentukan keberkesanan sekolah. Oleh yang demikian kaedah yang di gunakan di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar bersahsia baik tidak semestinya boleh dilaksanakan di sekolah sekolah yang kebanyakan pelajar yang mempunyai sahsia kurang memuaskan. Pendekatan kokurikulum Pendekatan yang lebih menumpukan peraturan yang ketat disamping memberi ganjaran yang setimpal dengan perubahan sikap pelajar yang konsisten dapat menunjukkan perubahan dalam diri pelajar yang bermasalah. Contoh nya penglibatan pelajar dalam aktiviti amal dalam kokurikulum dapat mendedahkan pelajar kepada pelbagai isu-isu semasa dan peluang seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kearah perkembangan modal insan yang diharapkan. Pelaksanaan kokurikulum yang lebih mengutamakan aktiviti dalam sekolah telah ternyata tidak memberi kesan kepada pelajar dari segi perkembangan sahsia pelajar dalam jangkamasa mereka berada di sekolah. Walaupun aktiviti luaran dianjurkan oleh sekolah, namun pelaksanaannya tidak konsisten dan seringkali berbentuk lawatan untuk menambah ilmu sahaja. Program kokurikulum hendaklah dirancang supaya pelajar sentiasa terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat, di mana pendekatan ini bukan sahaja merapatkan pelajar dengan masyarakat, tetapi yang lebih penting, memberi pengalaman hidup dan realiti sebenar hidup bermasyarakat dalam konteks Malaysia. Dengan pendekatan ini disiplin pelajar yang semakin merosot dapat dipulihkan apabila pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa berpeluang berganding bahu dalam menyelesaikan masalah dan tugasan yang perlu mereka laksanakan dalam masyarakat mereka sendiri. Pembentukan pasukan unit beruniform yang yang memberatkan penyertaan sesuatu ethnik sahaja harus dielakkan demi untuk mengelakkan perpecahan masyarakat sekolah. Tanpa disedari kita sendiri telah menyediakan tapak untuk mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kaum dalam aktiviti sekolah yang mana bercanggah dengan falsafah pendidikan negara. Polisi kerajaan Polisi-polisi kerajaan yang mengutamakan perpaduan kaum seringkali tidak mendapat pemantauan yang cekap dan konsisten oleh kerajaan pada peringkat institusi dan jabatan. Sejauhmanakah komposisi kaum diutamakan dalam sektor kerajaan dan swasta adalah satu perkara yang jelas boleh dipertikaikan. Budaya yang ujud ditempat kerja tidak memperlihatkan budaya Malaysia yang sebenar sehingga semangat mempertahankan ethnik masing-masing terus memuncak tanpa mengambilkira hala tuju kita yang sebenar. Jelas kepada kita bahawa sistem pendidikan sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengujudkan modal insan yang berjaya dan berkemahiran tinggi dan mempunyai semangat Malaysia yang tulin. Namun demikian ternyata sistem persekolahan gagal menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai sikap kemanusian yang sejati dan sebaliknya mengejar kelulusan dan kebendaan semata-mata. Maka adakah sekolah merupakan sebuah tempat yang selamat pada ketika ini dalam menghasilkan modal insan yang berwawasan. Walaupun sekolah dan institusi pengajian menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan cemerlang namun pembentukan sahsia manusia telah terpencong jauh. Cadangan dan pandangan Dalam usaha kita mengujudkan sekolah selamat yang mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelum ini, adalah wajar pagi semua pihak yang bertanggungjawab mengutamakan perpaduan kaum dan semangat Satu Malaysia bermula dari bangku sekolah. Persekolahan di Malaysia yang lebih memberi perhatian kepada kehendak pendidikan ethnik masing masing perlu dihapuskan dengan mengadakan sistem sekolah yang baru iaitu Sekolah Pengajian Rendah Malaysia dan Sekolah Pengajian Menengah Malaysia. Dalam sistem persekolahan ini semua matapelajaran yang perlu dikekalkan dan ditambah dengan matapelajaran Bahasa Cina dan Tamil sebagai tambahan kepada semua pelajar peringkat rendah mahupun menengah. Proses pembentukan sekolah ini akan menggabungkan ketiga-tiga peringkat sekolah yang ujud pada masa ini(SK, SJKC dan SJKT) sebagai satu sekolah yang diberi nama Sekolah Malaysia. Matapelajaran bahasa ibunda setiap kaum akan tetap dipertahankan dalam sistem baru ini dengan memberi peluang dan kebebasan kepada pelajar dari Melayu, Cina dan India mempelajari Bahasa Cina, Tamil dan juga Jawi dan Bahasa Arab sebagai elektif. Ini dapat menyaksikan perkembangan pendidikan yang sama taraf, sihat dan saling memahami antara satu sama lain dibawah satu bumbung. Dengan adanya sekolah Malaysia yang terdiri dari murid dari semua lapisan masyarakat, kita dapat membentuk semangat Satu Malaysia dari peringkat awal lagi kanak-kanak. Usaha ini memerlukan kajian yang teliti kerana memerlukan penambahan waktu persekolahan serta peningkatan dalam kemudahan sekolah, rombakan tenaga pengajar yang seimbang dan kakitangan sokongan. Walaubagaimanapun ini merupakan satu cadangan yang boleh diuji keberkesanannya terlebih dahulu demi untuk kepentingan masa depan negara. Kesimpulan Isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi pelaksanaan jelas terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan pemantauan yang rapi dan konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja terumpu kepada soal fizikal bangunan dan prasarana sekolah tetapi harus memberi pemberatan kepada pembentukan sahsia pelajar melalui disiplin yang mantap di peringkat rendah dan menengah. Di samping itu perubahan perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat Malaysia yang sejati dikalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum supaya konsep Satu Malaysia menjadi satu realiti yang dapat dibanggakan. Rujukan 1 Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications 2 Ibrahim Saad,(1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 4 Becker, G. S. (1964). Human Capital. New York: National Bureau of Economic Research. 5 National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States. Hlm.3 6 Malaysia. (1990). Laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia.Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 7 http://www.weber.k12.ut.us/Policies/Safeskul.htm. Safe Schools Policy 5600. 8 http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/drugfree/sa2safes.htm. Safe-School Plan 9 http://gegar.wordpress.com/2009/06/27/38/

Sunday, 21 February 2016







TUGASAN PROJEK EDU MURID DAN ALAM BELAJAR

1.0 PENDAHULUAN
        Pembelajaran merupakan satu proses berterusan berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasai  sesuatu kemahiran itu dengan berkesan. Menurut Kamus Dewan (1994),  pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.
Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman.
        Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran yang merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini, pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis (Dr Bushra binti Ali). Tugasan Projek EDU 3103 ini akan mengupas teori-teri pembelajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirakam di dalam bilik darjah. Pemerhatian dan pandangan akan diberikan tentang kesesuaian, kekuatan serta cadangan penambahbaikan yang patut dilakukan dalam sesi pembelajaran tersebut.

1
2.0 PEMERHATIAN SESI PENGAJARAN

       2.1     Rekod Pemerhatian Sesi Pengajaran


TEORI

TINDAKAN GURU
(PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN GURU)


YA/
TIDAK

CATATAN


















BEHAVIORIS
Murid bersedia untuk belajar dari segi pengetahuan/pengalaman lepas
YA
Guru mengimbas kembali tentang huruf kecil yang telah dipelajari
Murid bersedia untuk belajar dari segi kecenderungan dan minat
YA
Guru menyediakan set induksi yang menari untuk meransang minat murid-murid
Murid bersedia untuk belajar dari segi fizikal
YA
Guru memastikan murid bersedia sebelum sesi pembelajaran diteruskan
Menggunakan pengulangan/latihan/lati tubi
YA
Pengulangan berlaku dalam setiap langkah
Menyediaakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya
YA
Aktiviti dalam bentuk permainan
Memberi pujian/ganjaran/peneguhan positif
YA
Menggunakan perkataan bagus sebagai peneguhan kepada murid
Mengkritik/memarahi/mengecam/peneguhan negatif/menghukum
TIDAK

Peneguhan berterusan:pujian,menunjukkan isyarat bagus
YA
Menunjukkan isyarat seperti tepuk tangan
Text Box: 2Peneguhan berkala nibah tetap:memberi token kepada pelajar
YA
Dilakukan dalam langkah aktiviti (token diberi mengikut kumpulan)

Peneguhan  berkala nisbah berubah:pelajar mengangkat tangan untuk menjawab soalan
YA
Murid berlumba-lumba untuk mengangkat tangan


Peneguhan berkala selang masa tetap:Ujian Bulanan
TIDAK

Berkala selang masa berubah:kuiz pop
YA
Memberi token kepada kumpulan yang berjaya





SOSIALIS
Peniruan secara langsung:guru PJK menunjukkan cara menggelecek bola
YA
Guru menunjuk cara meleret bola (aktiviti penerapan ilmu PJK)
Peniruan sekat lakuan: tindakan dilakukan dalam situasi tertentu
YA
Dalam aktiiviti simulasi
Peniruan tak sekat lakuan:tindakan boleh dilakukan dalam semua situasi
TIDAK

Peniruan elisitasi: melibatkan emosi & keinginan
TIDAK

















KOGNITIVIS









Menggunakan advance organizer
YA
Guru menerangkan konsep orang tua sebelum menerangkan adab serta faedah beradab dengan orang tua
Mengemukakan contoh positif
YA
Dalam aktiviti simulasi
Mengemukakan contoh negatif
YA
Dalam aktiviti simulasi
Melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan
TIDAK

Membuat rumusan dan membina konsep
TIDAK

Melaksanakan pengajaran penemuan(inkuiri)
TIDAK

Tarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran yang akan disampaikan
YA
Aktiviti ransangan yang berjaya
Maklumkan kepada pelajar objektif pembelajaran
TIDAK

Text Box: 3Cungkil pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik yang akan disampaikan
YA
Dalam bentuk soal jawab
Sampaikan maklumat /isi pelajaran
YA
Oleh guru
Beri panduan pembelajaran sebagai latihan untuk mengukuhkan pembelajaran
TIDAK



Uji pemahaman pelajar berkaitan isi pelajar baru
YA
Imbas kembali kandungan isi pelajaran di akhir sesi P & P
Beri maklum balas untuk mengukuhkan pemahaman
YA
Penerangan guru
Taksir perlakuan pembelajaran pelajar


Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran
YA
Imbas kembali kandungan isi pelajaran di akhir sesi P & P






KONSTRUKTI-VITIS


Aplikasikan pembelajaran koperatif
YA
Aktiviti kumpulan
Aplikasikan peer tutoring


Aplikasikan scaffholding
YA
Simulasi
Aplikasikan congnitive apprenticeship


Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar
YA
Murid lakukan aktivitti dalam setiap langkah
Pembelajaran melalui proses aplikasi pengetahuan
YA
Aktviti simulasi
Pembelajaran melalui interaksi dengan orang lain
YA
Dalam aktiviti kumpulan





HUMANISME
Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain
YA
Aktiviti berpusatkan murid
Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari


Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan


Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah
YA
Dalam aktiviti simulasi
Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi
YA
Unsur didik hibur
Text Box: 4

                2.2  Laporan Pelaksanaan Sesi Pengajaran Guru

Pemerhatian yang saya lakukan adalah berdasarkan dua sesi rakaman iaitu rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran murid berprestasi lemah dan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran murid berprestasi tinggi.

            2.2.1 Murid Berprestasi Lemah.

            Sesi rakaman ini dijalankan dalam kelas 2 Usaha yang terdiri daripada
murid yang lemah dalam pembelajaran. Cigu Norazah telah memulakan pengajaran dengan meminta murid memecahkan belon untuk mengeluarkan bahan gambar yang terdapat dalam belon tersebut. Murid lain menyebut gambar yang ditunjukkan manakala  guru menerangkan tajuk atau tema yang akan dipelajarai pada hari tersebut.  Dalam sesi ini guru telah memastikan murid bersedia untuk belajar dari segi fizikal dan mental mengikut rinsip teori Behavioris.

            Seterusnya guru mengimbas kembali pelajaran yang lalu iaitu tentang huruf kecil. Murid diberi kad-kad kecil yang mengandungi huruf-huruf kecil.  Murid diminta menyebut huruf kecil yang ditunjukkan oleh guru dan menampalkan huruf kecil yang ada pada murid di papan tulis sebagai peneguhan terhadap ingatan murid-murid tentang huruf kecil yang telah dipelajari. Guru telah mengaplikasikan prinsip behaviouris bagi menyediakan murid untuk belajar dari segi pengetahuan dan pengalaman lepas.

Sesi pembelajaran diteruskan dengan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan mencatumkan huruf vokal dengan konsonan untuk menghasilkan bunyi atau ejaan suku kata terbuka, pembelajaran dilakukan dengan aktiviti yang menarik. Murid dikehendaki meleret bola ke arah pin bowling.
Text Box: 5
 




Murid perlu mencantumkan huruf konsonan yang terdapat pada bola dengan huruf vokal pada pin bowling yang berjaya dijatuhkan. Guru jega memberikan token kepada kumpulan yang berjaya menyebut sukukata terbuka itu dengan betul. Dalam aktiviti ini guru telah menggunakan teori Behavioris dengan melakukan peneguhan berkala nisbah tetap dengan menyediakan token kepada murid-murid yang berjaya.

Langkah pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan aktiviti mencantum suku kata berdasarkan gambit anggota badan yang ditunjukkan. Pengulangan demi pengulangan telah dilakukan bagi mengukuhkan daya kefahaman dan ingatan murid-murid. Sekali lagi teori Behaviouris telah diterapkan dalam sesi pembelajaran.

            Aktiviti seterusnya adalah aktiviti menulis iaitu imlak. Murid menulis perkataan yang disebut oleh guru di dalam buku tulis. Guru telah menggunakan teori Kognitivis dalam langkah ini untuk menguji pemahaman murid berkaitan isi pelajaran baru.

            Sesi pembelajaran diakhiri dengan sesi nyanyian lagu “Kalau Rasa Gembira”. Dalam langkah ini guru telah cuba mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi dalam diri murid-murid seperti yang terkandung dalam prinsip teori humanisme.  Unsur Didik Hibur pula telah diterapkan bagi mengukuhkan ingatan dan pemindahan pembelajaran murid seperti yang terkandung dalam prinsip Kognitivis.

Text Box: 6
 






2.2.2 Murid Berprestasi Tinggi

Murid yang terlibat dalam rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran kategori murid berprestasi tinggi ini ialah murid Tahun 4 Rajin bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Pengajaran dimulakan dengan set induksi. Dalam set induksi ini murid melihat beberapa keping gambar orang tua dan meneka gambar berkenaan. Ustazah Isniza mengaitkan jawapan murid-murid dengan pelajaran pada hari itu.   Seterusnya, dalam langkah dua, guru telah menyampaikan maklumat tentang adab menghormati orang tua kepada murid-murid. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah mengunakan teori Kognitivis dengan mengunakan pelbagai teknik untuk menarik perhatian murid semasa proses menyampaikan maklumat atau isi pelajaran.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti simulasi atau main peranan. Murid diberi beberapa situasi dan meminta murid melakonkan beberapa watak dalam situasi tersebut. Guru telah  mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti membaca pantun yang dipaparkan dan menyatakan faedah-faedah menghormati orang tua seperti yang terkandung dalam pantun tersebut. Dalam aktiviti ini murid telah memberikan maklum balas berdasarkan pantun untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang faedah-faedah menghormati orang tua.

Sesi pengajaran dan pembelajaran ini diakhiri dengan penutup kognitif dan penutup sosial. Dalam penutup kognitif, murid menyebut dan menyatakan semula isi pelajaran yang baru dipelajari pada hari tersebut. Manakala dalam penutup sosial pula, aspek emosi murid-murid dikembangkan bagi mangukuhkan pemahaman murid tentang isi pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut. Text Box: 7
                                     
            2.3  Analisis Sesi Pengajaran Guru.

Berdasarkan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran di atas, sama ada bagi kategori murid berprestasi tinggi atau kategori murid berprestasi lemah, kedua-duanya telah mengaplikasikan teori konstruktivisme semasa menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Namun begitu, pengajaran dan pembelajarannya telah dirancang dengan teliti serta mengambil kira tahap keupayaan pelajar masing-masing.  Bagi kelas murid berprestasi rendah, guru telah menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Segala pembelajaran yang berpusatkan murid sangat sesuai digunakan bagi memudahkan murid menjalani proses pembelajaran  dengan lebih berkesan seperti yang terkandung dalam objektif pengajaran.

Murid-murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza, malah murid yang sama mempunyai kecerdasan pelbagai. Menurut Howard Gardner, Profesor Pendidikan dan Kognisi di Harvard Graduate School of Education, setiap individu mempunyai kecerdasan yang dimanifestasi pada tahap yang berbeza-beza. Oleh hal demikian, setiap individu mempunyai latar belakang kognitif yang berlainan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid berprestasi lemah, guru telah merancang aktiviti yang melibatkan penggunaan tubuh dan deria sentuhan supaya murid dapat menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk memahami konsep suku kata terbuka yang di ajar.
Text Box: 8             Guru telah menggunakan sesuatu yang konkrit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jerome Seymour Bruner, pengasas Pembelajaran Penemuan. Beliau menyatakan, untuk memudahkan pemahaman murid, amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit. Sebagai contoh, murid perlu memegang objek kad suku kata, bola, pin bowling dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan mereka memahami dan mengingati konsep itu. Selain Bruner, Jean Piaget juga menekankan pembelajaran yang menggunakan benda maujud atau konkrit. Kaedah ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai kecerdasan Bodily-kinesthetic (fizikal) / visual (spatial).
Di samping itu, guru juga telah menyusun maklumat atau isi pengajaran yang ingin disampaikan agar murid-murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Guru menunjukkan satu carta anggota tubuh badan untuk menyampaikan huraian secara lebih terperinci. Kaedah ini akan memudahkan murid-murid untuk mengekalkan maklumat yang baru dipelajari dalam ingatan masing-masing. Sebenarnya, konsep yang dinyatakan tadi adalah kaedah advance organizers, satu kaedah deduktif yang mana ia bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan yang khusus. Kaedah ini diilhamkan oleh David Ausubel,ahli psikologi kognitif. Secara sedar atau tidak, teori yang dikemukan oleh David Ausubel ini bersesuaian dengan murid-murid yang mana kecerdasan mereka lebih cenderung kepada Visual ( spatial ).

Murid perlu mencantumkan huruf konsonan yang terdapat pada bola dengan huruf vokal pada pin bowling yang berjaya dijatuhkan. Guru jega memberikan token kepada kumpulan yang berjaya menyebut sukukata terbuka itu dengan betul. Dalam aktiviti ini guru telah menggunakan teori Behavioris dengan melakukan peneguhan berkala nisbah tetap dengan menyediakan token kepada murid-murid yang berjaya.


Langkah pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan aktiviti mencantum suku kata berdasarkan gambit anggota badan yang ditunjukkan. Pengulangan demi pengulangan telah dilakukan bagi mengukuhkan daya kefahaman dan ingatan murid-murid. Sekali lagi teori Behaviouris telah diterapkan dalam sesi pembelajaran.

9
Seterusnya, guru berkenaan  telah mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky yang menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal, di mana perkembangan kanak-kanak di bahagi kepada dua iaitu had bawah dan had atas. Untuk mengaplikasikan teori ini, Guru telah menyusun murid-murid dalam kumpulan kecil dan setiap kumpulan itu terdiri daripada murid-murid yang mahir dan tidak mahir. Oleh hal demikian, rakan-rakan yang telah mahir akan membantu rakan mereka yang lemah untuk memahami konsep yang di ajar. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah memahami sesuatu konsep yang di ajar.








Text Box: 9



10
3.       PANDANGAN KENDIRI TENTANG  KESESUAIAN TEORI YANG
          DIAPLIKASIKAN OLEH GURU.


Bagi kelas murid berprestasi tinggi, guru telah menitikberatkan penerapan ilmu berasaskan teori konstruktivisme sesuai bagi murid yang telah mempunyai tahap kematangan dan kemahiran berfikir. Pendekatan serta kaedah yang dipilih oleh guru berdasarkan teori konstruktivisme ini sangat sesuai dijalankan bagi murid berprestasi tinggi. Pedagogi  pemusatan murid yang diterapkan telah  menyediakan peluang-peluang untuk murid dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Teori Pembelajaran konstruktivisme  ini jelas ditunjukkan oleh guru dalam aktiviti simulasi (Aplikasi scaffholding) yang dapat meningkatkan  kemahiran meta-kognitif murid. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator untuk memberikan garis panduan dan menyelesaikan masalah yang timbul ketika sesi pembelajaran sedang berjalan.

            Dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan oleh guru berkenaan, guru telah menggunakan aplikasi ICT sebagai alat dan bahan untuk menyampaikan pengajarannya kepada murid-murid. Menurut pandangan saya, kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru berkenaan sangat berkesan dan sesuai dengan tahap kognitif murid-murid. Ini bersesuaian dengan teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky yang menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan apabila didedahkan pada persekitaran yang optimum. Kajian-kajian penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan.



11
Saya sangat tertarik dengan salah satu implikasi Teori Behaviouris yang aplikasikan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan iaitu dengan memberikan peneguhan berkala nisbah tetap dalam bentuk  token kepada kumpulan yang berjaya mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dengan betul. Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Gerak balas yang menggalakkan ini jelas dapat dilihat apabila murid-murid berlumba-lumba dan teruja untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
           
Selain itu, satu lagi kelebihan yang ada pada sesi P & P tersebut ialah guru juga telah mengamalkan teori behaviourisme dengan  memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau pada murid. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

12
 
Berdasarkan Teori Pembelajaran Konstruktivis, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, pada pandangan saya, guru sepatutnya membuat satu aktiviti perbincangan kumpulan supaya murid dapat memberikan pendapat tentang faedah menghormati orang tua setelah mereka mempelajari tentang adab dengan orang yang lebih tua. Aktiviti perbincangan kumpulan dapat  melibatkan diri murid itu secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Selain itu, nilai koperatif dan kolaboratif juga dapat diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana dapat memotivasikan murid, membimbing, dan menggalakkan murid melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.






















Text Box: 13
 


4.0       KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, guru menyedari keunikan murid-muridnya dan sedar bahawa setiap murid-muridnya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam perkembangan kognitif mereka atau lebih tepat lagi setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan berbeza-beza. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang untuk mamanipulasikan kecerdasan pelbagai mereka untuk memastikan mereka memahami dan menguasai sesuatu konsep yang ingin di ajar. Teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran perlulah di ubahsuai dengan situasi, masa dan keadaan agar setiap murid dan memahami isi pengajaran dan berjaya dalam peperiksaan.          

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
           










Text Box: 14
 






5.0  REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Tugasan Projek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar ini.

Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah dibimbing oleh Puan Normah binti Idris, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan. Tajuk tersebut ialah berkaitan teori-teori pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran.


 Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk saya mengaitkan langkah-langkah pengajaran yang telah saya rakamdengan teori-teori pembelajaran yang diamalkan oleh system pendidikan kita.  Begitu juga dengan penjelasan tentang kesesuaian teori-teori yang daplikasikan dalam p & P. Huraian daripada teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan saya harus menjelaskan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

           
Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya, tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya menghuraikan aplikasi teori pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Text Box: 15Apa yang lebih penting di sini, saya telah banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis, membanding dan memapar data kajian secara tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha mencari maklumat berkaitan melalui internet. Buktinya, saya mendapatkan artikel yang dipilih sebagai huraian dalam tugasan melalui internet. Kaedah ini dapat menjimatkan masa walaupun pemilihan artikel tidak harus dipandang ringan kerana artikel itulah yang akan memberikan sedikit sebanyak maklumat dan penting yang dapat diaplikasikan dalam tugasan projek yang dihasilkan.

            Kemahiran menganalisis, telah saya gunakan dalam menjelaskan aplikasi teori-teori pembelajaran dengan rakaman sesi pengajaran yang saya buat. Ketika inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori pembelajaran yang perlu difahami konsepnya dan ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan teori-teori ini. Walaubagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan penulisan laporan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh kriteria-kriteria tugasan yang baik.


Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuat kerja lewat malam dan lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa petang saya di perpustakaan sekolah untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Text Box: 16Melalui tugasan projek  ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya, ialah saya dapat menjelaskan konsep alam belajar secara ringkas dan memahami kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, sedikit sebanyak saya juga dapat membanding bezakan setiap teori pembelajaran yang telah dihuraikan dalam tugasan. Ini menunjukkan bahawa objektif tugasan projek ini telah pun mencapai matlamatnya yang tersendiri. Sebagai buktinya, Alhamdulillah saya telah dapat menghasilkan laporan kajian yang merangkumi aspek-aspek yang dikehendaki.
Text Box: 15RUJUKAN

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriyah Syed Ahmad(2012). Murid    
            dan Alam Belajar. Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai    
            Alaf Depan.Komputer, Berita Harian : 1.

Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc    
            Flagship Applications:A Conceptual Blueprint. KL.

Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New
Jersey:

Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan
Guru-Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.
Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27

Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah
Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.November 26-27.

Wittrock, M.C. 1986. The cognitive movement in education. Educational
Psychologist, 13, 15-29.

Yusup Hashim.1998. Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam

Zoraini Wati Abas .1992. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur .Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.