TUGASAN PROJEK EDU MURID DAN ALAM BELAJAR
1.0 PENDAHULUAN
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran itu dengan berkesan. Menurut
Kamus Dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan
dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui
pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau
amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.
Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan
atau kepercayaan baru. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of
Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah
perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman.
Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran yang merujuk
kepada prinsip-prinsip dan hukum-hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada
kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas
kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain
itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini,
pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran
dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Terdapat
empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini adalah
behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis (Dr Bushra binti Ali). Tugasan
Projek EDU 3103 ini akan mengupas teori-teri pembelajaran yang diaplikasikan
oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirakam di dalam bilik
darjah. Pemerhatian dan pandangan akan diberikan tentang kesesuaian, kekuatan
serta cadangan penambahbaikan yang patut dilakukan dalam sesi pembelajaran
tersebut.
1
2.0 PEMERHATIAN SESI PENGAJARAN
2.1 Rekod Pemerhatian Sesi Pengajaran
|
TEORI
|
TINDAKAN GURU
(PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN GURU)
|
YA/
TIDAK
|
CATATAN
|
|
BEHAVIORIS
|
Murid bersedia untuk belajar dari segi pengetahuan/pengalaman lepas
|
YA
|
Guru mengimbas kembali tentang huruf kecil yang telah dipelajari
|
|
Murid bersedia untuk belajar dari segi kecenderungan dan minat
|
YA
|
Guru menyediakan set induksi yang menari untuk meransang minat
murid-murid
|
|
|
Murid bersedia untuk belajar dari segi fizikal
|
YA
|
Guru memastikan murid bersedia sebelum sesi pembelajaran diteruskan
|
|
|
Menggunakan pengulangan/latihan/lati tubi
|
YA
|
Pengulangan berlaku dalam setiap langkah
|
|
|
Menyediaakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa
berjaya
|
YA
|
Aktiviti dalam bentuk permainan
|
|
|
Memberi pujian/ganjaran/peneguhan positif
|
YA
|
Menggunakan perkataan bagus sebagai peneguhan kepada murid
|
|
|
Mengkritik/memarahi/mengecam/peneguhan negatif/menghukum
|
TIDAK
|
|
|
|
Peneguhan berterusan:pujian,menunjukkan isyarat bagus
|
YA
|
Menunjukkan isyarat seperti tepuk tangan
|
|
|
|
YA
|
Dilakukan dalam langkah aktiviti (token diberi mengikut kumpulan)
|
|
|
Peneguhan berkala nisbah
berubah:pelajar mengangkat tangan untuk menjawab soalan
|
YA
|
Murid berlumba-lumba untuk mengangkat tangan
|
|
|
Peneguhan berkala selang masa tetap:Ujian Bulanan
|
TIDAK
|
|
|
|
Berkala selang masa berubah:kuiz pop
|
YA
|
Memberi token kepada kumpulan yang berjaya
|
|
|
SOSIALIS
|
Peniruan secara langsung:guru PJK menunjukkan cara menggelecek bola
|
YA
|
Guru menunjuk cara meleret bola (aktiviti penerapan ilmu PJK)
|
|
Peniruan sekat lakuan: tindakan dilakukan dalam situasi tertentu
|
YA
|
Dalam aktiiviti simulasi
|
|
|
Peniruan tak sekat lakuan:tindakan boleh dilakukan dalam semua situasi
|
TIDAK
|
|
|
|
Peniruan elisitasi: melibatkan emosi & keinginan
|
TIDAK
|
|
|
|
KOGNITIVIS
|
Menggunakan advance organizer
|
YA
|
Guru menerangkan konsep orang tua sebelum menerangkan adab serta faedah
beradab dengan orang tua
|
|
Mengemukakan contoh positif
|
YA
|
Dalam aktiviti simulasi
|
|
|
Mengemukakan contoh negatif
|
YA
|
Dalam aktiviti simulasi
|
|
|
Melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan
|
TIDAK
|
|
|
|
Membuat rumusan dan membina konsep
|
TIDAK
|
|
|
|
Melaksanakan pengajaran penemuan(inkuiri)
|
TIDAK
|
|
|
|
Tarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran yang akan disampaikan
|
YA
|
Aktiviti ransangan yang berjaya
|
|
|
Maklumkan kepada pelajar objektif pembelajaran
|
TIDAK
|
|
|
|
|
YA
|
Dalam bentuk soal jawab
|
|
|
Sampaikan maklumat /isi pelajaran
|
YA
|
Oleh guru
|
|
|
Beri panduan pembelajaran sebagai latihan untuk mengukuhkan pembelajaran
|
TIDAK
|
|
|
|
Uji pemahaman pelajar berkaitan isi pelajar baru
|
YA
|
Imbas kembali kandungan isi pelajaran di akhir sesi P & P
|
|
|
Beri maklum balas untuk mengukuhkan pemahaman
|
YA
|
Penerangan guru
|
|
|
Taksir perlakuan pembelajaran pelajar
|
|
|
|
|
Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran
|
YA
|
Imbas kembali kandungan isi pelajaran di akhir sesi P & P
|
|
|
KONSTRUKTI-VITIS
|
Aplikasikan pembelajaran koperatif
|
YA
|
Aktiviti kumpulan
|
|
Aplikasikan peer tutoring
|
|
|
|
|
Aplikasikan scaffholding
|
YA
|
Simulasi
|
|
|
Aplikasikan congnitive apprenticeship
|
|
|
|
|
Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar
|
YA
|
Murid lakukan aktivitti dalam setiap langkah
|
|
|
Pembelajaran melalui proses aplikasi pengetahuan
|
YA
|
Aktviti simulasi
|
|
|
Pembelajaran melalui interaksi dengan orang lain
|
YA
|
Dalam aktiviti kumpulan
|
|
|
HUMANISME
|
Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain
|
YA
|
Aktiviti berpusatkan murid
|
|
Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara
yang dipelajari
|
|
|
|
|
Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan
|
|
|
|
|
Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah
|
YA
|
Dalam aktiviti simulasi
|
|
|
Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi
|
YA
|
Unsur didik hibur
|
2.2 Laporan Pelaksanaan Sesi Pengajaran Guru
Pemerhatian yang saya lakukan adalah berdasarkan dua sesi rakaman
iaitu rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran murid berprestasi lemah dan
rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran murid berprestasi tinggi.
2.2.1
Murid Berprestasi Lemah.
Sesi rakaman ini dijalankan dalam kelas 2 Usaha yang
terdiri daripada
murid yang lemah dalam
pembelajaran. Cigu Norazah telah memulakan pengajaran dengan meminta murid
memecahkan belon untuk mengeluarkan bahan gambar yang terdapat dalam belon
tersebut. Murid lain menyebut gambar yang ditunjukkan manakala guru menerangkan tajuk atau tema yang akan
dipelajarai pada hari tersebut. Dalam
sesi ini guru telah memastikan murid bersedia untuk belajar dari segi fizikal
dan mental mengikut rinsip teori Behavioris.
Seterusnya guru mengimbas kembali pelajaran yang lalu iaitu
tentang huruf kecil. Murid diberi kad-kad kecil yang mengandungi huruf-huruf
kecil. Murid diminta menyebut huruf
kecil yang ditunjukkan oleh guru dan menampalkan huruf kecil yang ada pada
murid di papan tulis sebagai peneguhan terhadap ingatan murid-murid tentang
huruf kecil yang telah dipelajari. Guru telah mengaplikasikan prinsip
behaviouris bagi menyediakan murid untuk belajar dari segi pengetahuan dan
pengalaman lepas.
Sesi
pembelajaran diteruskan dengan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan mencatumkan
huruf vokal dengan konsonan untuk menghasilkan bunyi atau ejaan suku kata
terbuka, pembelajaran dilakukan dengan aktiviti yang menarik. Murid dikehendaki
meleret bola ke arah pin bowling.
Murid
perlu mencantumkan huruf konsonan yang terdapat pada bola dengan huruf vokal
pada pin bowling yang berjaya dijatuhkan. Guru jega memberikan token kepada
kumpulan yang berjaya menyebut sukukata terbuka itu dengan betul. Dalam
aktiviti ini guru telah menggunakan teori Behavioris dengan melakukan peneguhan
berkala nisbah tetap dengan menyediakan token kepada murid-murid yang berjaya.
Langkah
pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan aktiviti mencantum suku kata
berdasarkan gambit anggota badan yang ditunjukkan. Pengulangan demi pengulangan
telah dilakukan bagi mengukuhkan daya kefahaman dan ingatan murid-murid. Sekali
lagi teori Behaviouris telah diterapkan dalam sesi pembelajaran.
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti menulis iaitu imlak.
Murid menulis perkataan yang disebut oleh guru di dalam buku tulis. Guru telah
menggunakan teori Kognitivis dalam langkah ini untuk menguji pemahaman murid
berkaitan isi pelajaran baru.
Sesi pembelajaran diakhiri dengan sesi nyanyian lagu
“Kalau Rasa Gembira”. Dalam langkah ini guru telah cuba mengembangkan kecenderungan
aspek seni dan emosi dalam diri murid-murid seperti yang terkandung dalam
prinsip teori humanisme. Unsur Didik
Hibur pula telah diterapkan bagi mengukuhkan ingatan dan pemindahan
pembelajaran murid seperti yang terkandung dalam prinsip Kognitivis.
2.2.2 Murid Berprestasi
Tinggi
Murid yang terlibat
dalam rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran kategori murid berprestasi
tinggi ini ialah murid Tahun 4 Rajin bagi mata pelajaran Pendidikan Agama
Islam. Pengajaran dimulakan dengan set induksi. Dalam set induksi ini murid
melihat beberapa keping gambar orang tua dan meneka gambar berkenaan. Ustazah
Isniza mengaitkan jawapan murid-murid dengan pelajaran pada hari itu. Seterusnya, dalam langkah dua, guru telah
menyampaikan maklumat tentang adab menghormati orang tua kepada murid-murid.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah mengunakan teori
Kognitivis dengan mengunakan pelbagai teknik untuk menarik perhatian murid
semasa proses menyampaikan maklumat atau isi pelajaran.
Aktiviti
seterusnya ialah aktiviti simulasi atau main peranan. Murid diberi beberapa
situasi dan meminta murid melakonkan beberapa watak dalam situasi tersebut. Guru telah
mengajar nilai dan peranan watak-watak
yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru
tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan
dalam situasi sebenar. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti membaca pantun yang
dipaparkan dan menyatakan faedah-faedah menghormati orang tua seperti yang
terkandung dalam pantun tersebut. Dalam aktiviti ini murid telah memberikan
maklum balas berdasarkan pantun untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang
faedah-faedah menghormati orang tua.
Sesi
pengajaran dan pembelajaran ini diakhiri dengan penutup kognitif dan penutup
sosial. Dalam penutup kognitif, murid menyebut dan menyatakan semula isi
pelajaran yang baru dipelajari pada hari tersebut. Manakala dalam penutup
sosial pula, aspek emosi murid-murid dikembangkan bagi mangukuhkan pemahaman
murid tentang isi pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut. 
2.3
Analisis Sesi Pengajaran Guru.
Berdasarkan rakaman sesi
pengajaran dan pembelajaran di atas, sama ada bagi kategori murid berprestasi
tinggi atau kategori murid berprestasi lemah, kedua-duanya telah
mengaplikasikan teori konstruktivisme semasa menyampaikan pengajarannya dalam
bilik darjah. Namun begitu, pengajaran dan pembelajarannya telah dirancang
dengan teliti serta mengambil kira tahap keupayaan pelajar masing-masing. Bagi kelas murid berprestasi rendah, guru
telah menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan
pengetahuan kanak-kanak. Segala pembelajaran yang berpusatkan murid sangat
sesuai digunakan bagi memudahkan murid menjalani proses pembelajaran dengan lebih berkesan seperti yang terkandung
dalam objektif pengajaran.
Murid-murid
mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza, malah murid yang sama mempunyai
kecerdasan pelbagai. Menurut Howard
Gardner, Profesor Pendidikan dan Kognisi di Harvard Graduate School of
Education, setiap individu mempunyai kecerdasan yang dimanifestasi pada tahap
yang berbeza-beza. Oleh hal demikian, setiap individu mempunyai latar belakang
kognitif yang berlainan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid
berprestasi lemah, guru telah merancang aktiviti yang melibatkan penggunaan
tubuh dan deria sentuhan supaya murid dapat menggunakan kecerdasan yang
dimiliki untuk memahami konsep suku kata terbuka yang di ajar.
Di
samping itu, guru juga telah menyusun maklumat atau isi pengajaran yang ingin
disampaikan agar murid-murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang
telah dipelajari. Guru menunjukkan satu carta anggota tubuh badan untuk
menyampaikan huraian secara lebih terperinci. Kaedah ini akan memudahkan
murid-murid untuk mengekalkan maklumat yang baru dipelajari dalam ingatan
masing-masing. Sebenarnya, konsep yang dinyatakan tadi adalah kaedah advance organizers, satu kaedah deduktif
yang mana ia bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan yang khusus.
Kaedah ini diilhamkan oleh David Ausubel,ahli
psikologi kognitif. Secara sedar atau tidak, teori yang dikemukan oleh David
Ausubel ini bersesuaian dengan murid-murid yang mana kecerdasan mereka lebih
cenderung kepada Visual ( spatial ).
Murid
perlu mencantumkan huruf konsonan yang terdapat pada bola dengan huruf vokal
pada pin bowling yang berjaya dijatuhkan. Guru jega memberikan token kepada
kumpulan yang berjaya menyebut sukukata terbuka itu dengan betul. Dalam
aktiviti ini guru telah menggunakan teori Behavioris dengan melakukan peneguhan
berkala nisbah tetap dengan menyediakan token kepada murid-murid yang berjaya.
Langkah
pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan aktiviti mencantum suku kata
berdasarkan gambit anggota badan yang ditunjukkan. Pengulangan demi pengulangan
telah dilakukan bagi mengukuhkan daya kefahaman dan ingatan murid-murid. Sekali
lagi teori Behaviouris telah diterapkan dalam sesi pembelajaran.
9
Seterusnya,
guru berkenaan telah mengaplikasikan
Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky yang menekankan peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Vygotsky, dua faktor utama
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran
berbahasa. Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
digambarkan melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal, di mana perkembangan
kanak-kanak di bahagi kepada dua iaitu had bawah dan had atas. Untuk
mengaplikasikan teori ini, Guru telah menyusun murid-murid dalam kumpulan kecil
dan setiap kumpulan itu terdiri daripada murid-murid yang mahir dan tidak
mahir. Oleh hal demikian, rakan-rakan yang telah mahir akan membantu rakan
mereka yang lemah untuk memahami konsep yang di ajar. Murid-murid yang
mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah memahami sesuatu konsep yang di
ajar.
10
3.
PANDANGAN KENDIRI TENTANG
KESESUAIAN TEORI YANG
DIAPLIKASIKAN OLEH GURU.
Bagi kelas murid
berprestasi tinggi, guru telah menitikberatkan penerapan ilmu berasaskan teori
konstruktivisme sesuai bagi murid yang telah mempunyai tahap kematangan dan
kemahiran berfikir. Pendekatan serta kaedah yang dipilih oleh guru berdasarkan
teori konstruktivisme ini sangat sesuai dijalankan bagi murid berprestasi
tinggi. Pedagogi pemusatan murid yang
diterapkan telah menyediakan
peluang-peluang untuk murid dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran
yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan
kegunaan masa depan. Teori Pembelajaran konstruktivisme ini jelas ditunjukkan oleh guru dalam
aktiviti simulasi (Aplikasi scaffholding) yang dapat meningkatkan kemahiran meta-kognitif murid. Guru hanya
bertindak sebagai fasilitator untuk memberikan garis panduan dan menyelesaikan
masalah yang timbul ketika sesi pembelajaran sedang berjalan.
Dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan oleh guru berkenaan, guru telah
menggunakan aplikasi ICT sebagai alat dan bahan untuk menyampaikan
pengajarannya kepada murid-murid. Menurut pandangan saya, kaedah dan pendekatan
yang digunakan oleh guru berkenaan sangat berkesan dan sesuai dengan tahap
kognitif murid-murid. Ini bersesuaian dengan teori kematangan kanak-kanak yang
diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh
Piaget, Bruner dan Vygotsky yang menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut
keupayaan apabila didedahkan pada persekitaran yang optimum. Kajian-kajian
penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada
komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar
dengan lebih baik, cepat dan berkesan.
11
Saya sangat tertarik dengan salah
satu implikasi Teori Behaviouris yang aplikasikan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan iaitu dengan memberikan peneguhan berkala nisbah
tetap dalam bentuk token kepada kumpulan
yang berjaya mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dengan betul. Menurut
Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma bertindak
balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini
bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri
terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan
kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan
gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan
yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Gerak balas yang menggalakkan ini jelas dapat dilihat apabila murid-murid berlumba-lumba dan teruja untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Gerak balas yang menggalakkan ini jelas dapat dilihat apabila murid-murid berlumba-lumba dan teruja untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Selain
itu, satu lagi kelebihan yang ada pada sesi P & P tersebut ialah guru juga
telah mengamalkan teori behaviourisme dengan memastikan rangsangan dalam bilik darjah
(termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta
keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau pada murid. Bahan Bantu Mengajar
ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat
mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat
atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke
pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi,
pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.
|
Berdasarkan Teori Pembelajaran Konstruktivis, guru
merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan
menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk
pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar
kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Jadi, pada pandangan saya, guru sepatutnya membuat satu aktiviti
perbincangan kumpulan supaya murid dapat memberikan pendapat tentang faedah
menghormati orang tua setelah mereka mempelajari tentang adab dengan orang yang
lebih tua. Aktiviti perbincangan kumpulan dapat melibatkan diri murid itu secara langsung
dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Selain itu, nilai koperatif dan kolaboratif juga dapat diterapkan
di dalam diri murid-murid. Murid dapat
bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan
dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi).
Kaedah ini adalah sangat bagus kerana dapat memotivasikan murid, membimbing,
dan menggalakkan murid melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, guru menyedari keunikan murid-muridnya dan sedar bahawa setiap
murid-muridnya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam perkembangan kognitif
mereka atau lebih tepat lagi setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai
dan berbeza-beza. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang untuk mamanipulasikan
kecerdasan pelbagai mereka untuk memastikan mereka memahami dan menguasai
sesuatu konsep yang ingin di ajar. Teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran perlulah di ubahsuai dengan
situasi, masa dan keadaan agar setiap murid dan memahami isi pengajaran dan
berjaya dalam peperiksaan.
Dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang
itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur,
kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai
kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang
ilmu yang lain dengan lebih mudah.
5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Tugasan
Projek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar ini.
Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan
kehendak soalan tetapi setelah dibimbing oleh Puan Normah binti Idris, beliau
banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang
dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk
yang perlu dihuraikan merupakan tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas
ketika kuliah dijalankan. Tajuk tersebut ialah berkaitan teori-teori
pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih
memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran.
Ketika memulakan tugasan ini,
agak sukar juga untuk saya mengaitkan langkah-langkah pengajaran yang telah
saya rakamdengan teori-teori pembelajaran yang diamalkan oleh system pendidikan
kita. Begitu juga dengan penjelasan
tentang kesesuaian teori-teori yang daplikasikan dalam p & P. Huraian
daripada teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan saya harus
menjelaskan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat
saya, tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya
perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan
tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya menghuraikan aplikasi teori
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran menganalisis, telah saya
gunakan dalam menjelaskan aplikasi teori-teori pembelajaran dengan rakaman sesi
pengajaran yang saya buat. Ketika inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal
perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori pembelajaran yang perlu
difahami konsepnya dan ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak
membuat analisis berkaitan teori-teori ini. Walaubagaimanapun, saya tetap juga
berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan penulisan
laporan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah
maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh kriteria-kriteria
tugasan yang baik.
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya
rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih
awal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuat
kerja lewat malam dan lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang
lain. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa petang saya
di perpustakaan sekolah untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya
berjaya juga menyiapkan tugasan ini dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriyah Syed Ahmad(2012). Murid
dan
Alam Belajar. Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai
Alaf
Depan.Komputer, Berita Harian : 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc
Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc
Flagship
Applications:A Conceptual Blueprint. KL.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New
Jersey:
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan
Guru-Guru
Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.
Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah
Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.November 26-27.
Wittrock, M.C. 1986. The cognitive movement in education. Educational
Wittrock, M.C. 1986. The cognitive movement in education. Educational
Psychologist, 13, 15-29.
Yusup Hashim.1998. Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam
Zoraini Wati Abas .1992. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur .Penerbit Fajar
Yusup Hashim.1998. Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam
Zoraini Wati Abas .1992. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur .Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
